Thursday, March 22, 2007

Tips Untuk Mendapatkan Tidur Yang Lena Pada Waktu Malam

- Elakkan pengambilan kafein (seperti teh, kopi dan coklat) selepas jam 4.00 petang.

- Elakkan pengambilan makanan berat jika telah hampir waktu tidur.

- Ambil segelas susu panas 2/3 jam sebelum tidur bagi mengelakkan anda lapar pada waktu tengah malam.

- Jangan minum air terlalu banyak jika anda hendak masuk tidur. Kurangkan juga pengambilan makanan yang berbentuk cecair seperti sup, bubur dan lain2. Hal ini bg mengelakkan anda kerap bangun pd waktu tengah mlm.

- Lakukan senaman mudah pd waktu pagi atau petang.

- Jika anda mengalami pedih ulu hati/gastrik pd waktu mlm, gunakan bantal yg lebih bagi meninggikan kepala dan bahu anda.

- Kepit bantal peluk atau bantal biasa diantara kaki anda, dan tidur mengiring ke kiri/kanan bagi mengurangkan sakit belakang.

- Letakkan bantal kecil di bawah perut anda (ketika tidur mengiring), bagi menyokong bahagian perut anda dan mengelakkan sakit belakang.

No comments: