Thursday, March 22, 2007

Kafein, bolehkah diambil ketika hamil?

Ramai yg masih keliru tentang pengambilan kafein sepanjang waktu kehamilan. Bagi mereka yg ketagih teh, kopi & minuman bergas, tentu akan berasa sukar utk meninggalkan minuman ini. Ada yg mengatakan minuman itu boleh diambil sepanjang kehamilan, tetapi memadai satu cawan satu hari. Ada kajian yg mengatakan mereka yg kerap mengambil kafein sehingga melebihi 300mg sehari, mempunyai risiko mengalami keguguran, kemungkinan lahir tdk cukup bulan atau bayi mengalami masalah kurang berat badan.

Sbb2 mengapa anda perlu menghindari minuman yg mengandungi kafein adalah:
a) kafein akan meningkatkan degupan jantung serta metabolisma anda,
b) sukar tidur
c) anda akan sentiasa berasa cemas
d) sakit kepala
e) pedih ulu hati
f) kafein yg bersifat diuretic akan menyebabkan anda lebih kerap membuang air kecil
g) anda akan kehilangan kalsium
h) kafein yg berlebihan akan menyebabkan tubuh sukar menyerap zat besi. (zat besi amat diperlukan semasa kehamilan)

Perkara2 di atas amat jelas bagi membuatkan anda mengambil kafein dlm jumlah yg berlebihan. Selain teh kopi dan minuman bergas, kafein juga boleh didapati dalam coklat juga beberapa jenis ubat sakit kepala, selsema dan alergi. Tentu sekali makanan2 ini tidak mempunyai khasiat yg baik bg anda juga kandungan anda. Elakkan mengambil minuman berkafein & berubahlah kepada minuman seperti air suam, susu & jus buah2an, kerana minuman sebegini amat berkhasiat utk anda & bayi.

2 comments:

Unknown said...

Setuju, bagi yang nak hamil tetapi kerap mengambil kafein boleh cuba tinggalkan cafein dulu, kerana kafein mengganggu kesuburan.

Unknown said...

sy mengalami lelah yg agak kritikal.. tetapi penyelesaiannya hanyalah kopi.sy sudah cuba kaedah lain tp xmnjadi.. walaupun hamil sy tpksa minum kopi klu x sy sukar bernafas.. xpe kut